Sunday, March 21, 2010
Jelajah utara Morocco (Tetouan) '10'
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Apa Khabar semua? Alhamdulillah marilah kita bersyukur kepada ALLAH atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Tibalah masanya untuk Along mengupdate blog mak yang dipenuhi oleh gambar-gambar yang tidak seberapa ini. Untuk meneruskan perjalanan along di Utara Morocco ini, along sempat menjejakkan kaki ke Tetouan. Tetouan adalah negeri paling atas di utara, ia merupakan sempadan kepada Cueta (salah satu bandar kecil Spanyol). Di Tetouan terdapat 4 orang pelajar Malaysia di sana. Ia merupakan satu-satunya tempat yang universitinya menawarkan pengajian usuluddin dan diiktiraf oleh Malaysia. Sedikit maklumat mengenai Tetouan, Wilayah ini dipengaruhi oleh kuasa besar Spanyol suatu masa dahulu, dan hasilnya rakyat Tetouan mahir berbahasa Spanyol selain bahasa Arab dan Francis. Along dan Man bersiar-siar bandar Tetouan dengan bantuan saudara Akmal (antara pelajar Tetouan) sebagai pemandu pelancong. Terima kasih diucapkan kepada Akmal (buat pengatahuan semua saudara Akmal telah pun menamatkan pelajarannya di kuliah Usuluddin dan komunikasi moden, Universiti Cawangan Qurowiyyin, dan akan pulang ketanah air pada 11/04/2010 inchallah. Tahniah diucapkan ). Antara tempat yang menarik di sana adalah Pantai Martil, Pasar lama, Tugu Wilayah dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut silalah tengok gambar dibawah.
espanol...
bertapa selama 2 hari satu malam
rumah sakit otak Tetouan
gambar yang menunjukkan permandangan dari ketinggian 250m dari aras laut
tentu kalian penah tengok cerita 'POWER RANGERS' ini adalah salah satu Head quarters mereka.
tiupan angin kencang semasa ini - tak tahu nak tunjukkan angin tersebut haha
betul tak?
pemandangan di atas bukit
Akmal keletihan melayan kami.. Man nak terbang agaknya
pintu gerbang yang telah dibina beribu-ribu tahun dahulu
antara lorong-lorong gelap di sini
apa kes?
zak-zak - hanya terdapat di Tetouan. (agak best)
maroccain
pintu masuk souq qadim Tetouan
masjid 1
masjid 2
masjid 4
apa pasal?
tugu kebesaran orang-orang di Tetouan
sesi penajaan kasut coklat yang menjadi kegilaan man selama ini
tugu di waktu siang
celah - celah pokok
padang bola yang diliputi air - padang pasir
espanyol
ini adalah bangunan yang dulunya gereja dan sekarang sudah menjadi perpustakaan
espanyol 2
pantai martil tetouan - Haziq n Akmal
Man n Akmal
Tetouan 2010
En akmal tengah menerangkan kepada kami kedudukan Tetouan yang strategik
En akmal tengah menunjukkan kawasan yang dia tempuhi untuk bersembunyi.
mahattoh hafilah Tetouan - stesen bas Tetouan yang dikatakan tercantik/terbaru di Morocco.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment