Sunday, March 7, 2010

jelajah selatan (marakech) '2010'

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Kali ini along nak berkongsi cerita mengenai perjalanan along ke selatan Morrocco. Ingat tak gambar salji tempoh hari? Gambar-gambar yang terdapat di bawah ini diambil sebelum along dan rakan-rakan menjejaki Banjaran Atlas ( main salji ). Baiklah, along ceritakan mengenai Marakech, Marakech terletak di selatan Morocco, kira-kira 398 kilometer daripada bandar Rabat. Marakech dinamakan juga sebagai مدينة الحمراء ( bandar yang berwarna merah ). Hal ini kerana, bangunan-bangunan yang terdapat di sana dicat berwarna merah. sekiranya terdapat bangunan yang dicatkan warna lain selain daripada merah, bangunan tersebut akan dikenekan denda atau saman. Bandar Marakech dibuka oleh yusuf attasyafain, seorang tokoh yang sangat gemilang suatu masa dahulu. Selain daripada itu, Marakech adalah pintu kepada Gurun Sahara, tentu kalian tahu mengenai Gurun Sahara bukan? ( padang pasir yang panas ). Along dah sampai Gurun tersebut, nantilah along masukkan gambar semasa keberadaan along di sana. Antara tempat yang along lawati di Marakech adalah masjid kutoubia, jami' fanna', kubah murobitin, mathaf Marakech, madrasah ibnu yusof dan rumah si said. Setakat itu cerita dari along, silalah layan gambar-gambar di bawah.


'orang-orang' morocco - kerja dia bagi air kat orang ramai dan dikenakan bayaran seikhlas mungkin
kenangan baju hujan kuning yang telah dijual
baru tiba
encik faisal mengepau saya
menikmati kesegaran air limau dari ladang
akmal - selangor
faisal - melaka
said - melaka, kelantan, selangor
haziq - negeri sembilan
kereta kuda berlari
depan deretan kereta kuda
kereta kuda
hampir dilanggar kereta kuda

kanak-kanak riang
wuduk
tugu 1
tugu 2
tugu 3
masji kutoubia
halaman masjid kutoubia
gerai oren sebelah malam
santapan di waktu malam - harirah
menara masjid 1
menara masjid 2
menara masjid 3
menara masjid 4

No comments:

Post a Comment