Saturday, March 13, 2010

Jelajah Utara Morocco (fes) '2010'

Kali ini along nak cerita lawatan along ke Fes. Along berada di Fes 3 hari 2 malam. Fes terletak di utara Morocco, dan lebih kurang 3 jam perjalanan menaiki keretapi daripada bandar Rabat. Selain bandarnya yang cantik, Fes juga mempunyai tempat- tempat yang menarik antaranya Masjid Qurowiyyin, Makam Molay Ismail, Muzium dan lain-lain lagi. Along dan Kamaruzzaman berjalan dan dibantu oleh Nik Amirul Adzim (pelajar Fes) sebagai Penunjuk arah kami di bandar Fes. Di Fes juga terdapat tempat bermain salji juga, namanya Ifrane. Along tak ada kesempatan untuk main salji di sana kerana pada waktu kawan-kawan pergi main salji along sakit perut (kang tak ada tandas pulak nak buang hajat tu). Along pon tak tahu nak kata apa, teruslah tengok gambar sekitar Fes.


Along di kubur Molay Ismail, Seorang tokoh besar suatu masa dulu
Gambar ini ketika di atas bumbung muzium FES
Nik dan Man sedang memerhatikan kawasan yang hendak diterokai sebentar nanti.
Inilah dia perisai yang diguna pakai oleh tentera Francis untuk menawan Morocco suatu masa dahulu.
Nik Amirul Adzim Bin Nik Aman dan Kamaruzzaman Bin Zali@ Ghazali
Berlatar belakangkan Kota Lama FES
Gambar sebahagian besar Kota Lama
Sempat melawat penempatan kawan-kawan yang tinggal di Asrama Kuliah Adab Sais, FES
Along betulkan tulisan atas itu ya.. جامعة سيدي محمد بن عبدالله, كلية الأداب و العلوم الإنسانية سايس فاس
Ruang solat Masjid Qurowiyyin. Salah satu masjid tertua di dunia. lebih kurang 1000 tahun usianya. Masjid ini banyak melahirkan ulama' besar Islam suatu masa dahulu.
Ruang legar masjid Qurowiyyin. (tempat ambil wuduk ada di sana)
Nik
Man
Haziq. Gambar ni bukan nak marah, tapi tengah tahan cahaya matahari dari masuk ke mata. haha
tempat mencelup kulit. Ini adalah kawasan untuk memproses barangan kulit. Antara barangan yang diproses adalah jaket, beg, kasut dan macam-macam lagi. Fes adalah suatu tempat pengeluaran kulit terbaik dan mengekalkan ketradisonalannya sehingga kehari ini. Ada sesiapa yang beminat dengan jaket kulit boleh hubungi saya di +212659809410 haha
Ini adalah tempat menyamak kulit supaya menjadi bersih dan boleh digunakan
pakcik ini sedang menenun karpet terbang Morocco. satu 250 dirham.

No comments:

Post a Comment