Sunday, January 23, 2011

Teh Tarik Corner

السلام عليكم semua apa khabar? Kepada mak, ayah, Has, Mizah, Hazirah dan icha, along harapkan kalian sihat-sihat sahaja. Ameeen

OK! Berita baik kepada semua along baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan bagi semester 3, dan keputusannya memberangsangkan ~ Along dah lulus. ( Dah dekat nk balik dah setahun lagi Inchallah!!!) sekiranya tidak ada apa-apa halangan la , kerana along mesti menempuh semester 5 dan semester 6 pada masa akan datang. Doa-doakan la ya semua.

Seterusnya, post kali ini along ingin menyatakan kepada semua yang along sangat merindui teh tarik. Makanya post kali ini berkaitan teh tarik.
Along ada menyertai program memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Antaranya adalah memperkenalkan minuman tradisional masyarakat Malaysia di Morocco. Program ini diadakan pada 23hb oktober tahun lalu bertempat di Oujda iaitu salah satu wilayah di Morocco.Sedikit maklumat mengenai tempat ini. Oujda terletak lebih kurang 700 kilometer dari bandar Rabat. Ia terletak di utara morocco. Rombongan kami ini diketuai oleh Datuk Duta sendiri dengan menaiki kenderaan kedutaan. (oh, perjalanan yang sangat penat dan meletihkan!) haha.

Setiba kami di Oujda kami di sambut oleh urusetia program dan mereka memberi kami tempat untuk menginap. Semasa program berlangsung kami diminta untuk mempamerkan persembahan kami untuk memperkenalkan teh tarik kepada penduduk Oujda. Jadi kami menjemput chef amature untuk menarik teh tarik tersebut.( kejap lagi ada gambar chef tersebut)

Tugas along pada masa tu hanya mengabil gambar dan menjual barangan Malaysia… so gambar along tak banyak sangat.

Saksikanlah…..






booth pameran kaum AMAZERIH - kaum asli Morocco



Booth pameran negara Mouritania- negara jiran morocco



Booth pameran Malaysia- sambutan daripada pelawat



bukan sahaja menunjukkan cara menarik teh malah memberi peluang kepada pelawat mencuba menarik teh

p/s: abdul rahim takut orang tu tumpahkan tehnya



antara pengunjung yang sempat bergambar dengan kemera along



tukang tarik teh dahsyat tuuuu
nama: abdul rahim zainuddin (pelajar tajaan pahang yang habis contrak)



detik-detik mencemaskan



ini adalah gerai malaysia yang mempamerkan barangan malaysia untuk dijual



gerai malaysia- spesial sebab 2 lot, negara lain satu lot saja



syrob khuya, masyi muskil... majanan @ faburr



orang yang ada dalam gambar ini adalahn tukang bancuh teh, dia dibayar hanya 300 dh sebulan haha
nama: muhammad hamiz aizuddin (pelajar selangor-banting-jawa)



penarik amature- belatih selama 3 minggu didalam bilik air- inilah hasilnya



sesi penyusunan gerai malaysia dijalankan-sambil curik tulang...



center tak bendera ni??



ahli rombongan teh tarik



diner kami pada malam penutup progam teh tarik.
menu: kambing bakar



inilah teh morocco, atau dikenali di sini sebagai shai.
p/s along pernah teh ni masa along bali ari tuh, tp tak sedap pahit hahaha



meja makan along. rakan semeja makan along tengah menunggu kehadiran makanan yang tidak sampai-sampai.



sementara kami menunggu makanan kami didendangkan dengan lagu-lagu morocco yang agak 'menarik'



ini adalah gambar antara peserta yang mendapat hadiah kerana membuat persembahan terbaik semasa pameran. yeke?

No comments:

Post a Comment