Saturday, January 8, 2011

seimbas kenangan 2010 (gambar beramai-ramai)

السلام عليكم. Apa khabar semua? diharap kalian sihat walafiat inchallah.. Sedikit gambar yang sempat along rakamkan sepanjang tahun lepas.


gambar beramai-ramai mahasiswa malaysia di Morocco, selepas program sukmaneka. program yang dijalankan setahun sekali untuk mencungkil bakat baru.


bergambar selepas ustaz wifa' menyelesaikan pembentangan tesis PhD nya di salah sebuah universiti di meknes. Ustaz Wifa' sekarang telah menjadi pensyarah di universiti sains Islam malaysia (usim).


rombongan daripada tentera United Nation yang bertugas di Gurun Sahara. mereka terdiri daripada doktor tentera, juru x-ray, dan nurse. Inilah orang yang along jumpa semasa di Essouirra semasa along sedang bercuti.


padang yang sering kali kami warga Rabat menjalani latihan bola sepak. Walaupon terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapat giliran main di atas padang tersebut.


gambar ahli rumah, bekas ahli rumah dan ahli tak kenal dalam rumah. Gambar diambil semperna hari jadi seseorang (lupe hari jadi sape)- keknye dah habis diorang makan.


gambar along tak ada dalam ni sebab along yang ambil gambar ni. ini adalah lawatan rasmi dari dato' speaker parlimen malaysia dan ahli rombongannya bertemu dengan dato' duta.


kenagan bersama dato' duta semasa di melillia, spain. melillia adalah sempadan morocco-spain. terima kasih dato' kerana bawak kami jalan.


gambar terakhir sebelum berangkat pulang ke wilayah masing-masing. Tempat: siti fatma marakech


Sempat bergambar semasa window shopping yang di ketuai oleh ustaz shahir.


gambar kenangan bersama Dr Adnan. Beliau adalah pensarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau ke Morocco adalah untuk membuat sedikit kajiannya. Dr Adnan sempat bersama kami Di Morocco selama setahun.


mercedes yang baru along beli minggu lepas. gambar sebelah tu driver along haha


gambar bersama Dr yusnan. Beliau adalah bekas pelajar Morocco suatu masa dahulu. sekarang beliau mengajar di UIA. beliau juga rakan pengajar sama seperti Dr Adnan. Dr Yusnan datang sekali lagi ke Morocco adalah untuk menghantar anaknya untuk belajar di Universiti along.


bergambar bersama pelajar baru. Inilah gambar budak-budak yang along uruskan kedatangan mereka ke Morocco.


bergambar di Rumah pelajar Casablanka. Gambar bersama Ustaz Wahab, pegawai pengiring pelajar baru Terengganu. Along la yang menghantar ustaz Wahab ke Airport Casablanka untuk pulang ke Malaysia


Ini adalah misi bantuan kemanusiaan di Tetouan. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar baru yang tidak mempunyai senior. Jadi, kami bertindak sebagai Senior untuk menunjukkan bagaimana untuk belajar, membuat kerja rumah, masak, mengemas, dan lain-lain, di samping memberi semangat supaya mereka tidak perlu untuk bertukar tempat belajar keran ketiadaan senior. Akhirnya kami berjaya.

gambar bersama kawan-kawan di atas puncak okeimiden, marakech semasa bermain salji.


sekali lagi gambar bersama kawan-kawan, di dataran jame' fanna marakech


sambutan rombongan keluarga dato' hassan mahmod ke rumah along- rombongan ini meminta untuk masakkan mereka makanan malaysia (diorang tak boleh makan makanan morocco atau nama lain nak makan nasik jugak)


majlis perpisahan rakan serumah (bro amin). sekarang dah menjadi guru di salah sebuah di klang. kalau tak silap sekolah tinggi klang kot.


gambar kenangan terakhir bersama ustaz shahir dan ustaz zahrin membelakangi masjid di istanbul.


gambar yang dirakam sebelum kepulangan along ke Morocco.. terima kasih semua


Gambar menunggu pengangkutan untuk menghadiri program hari raya haji. Dari kiri: along, amir, tarmizi. Baju raya baru tak bawak, pakai la baju lama.. haha


kenagan terakhir bersama dato' duta malaysia ke Morocco. tempat: marina oujda. bandar ini disusun oleh raja morocco sendiri. banyak kapal yang canggih-canggih di sini yang tengah berlabuh.

bergambar dengan MB depan rumah di bouhlal... rombongan MB datang pada 22/02/2010.


Rombongan pelajar Jordan ke Morocco pada 10/02/2010. Mereka seramai 6 orang. bilalah along nak sampai Jordan pulak ni? buat lawatan balas..haha

No comments:

Post a Comment