Thursday, October 27, 2011


along kek along bagi dh sampai

Thursday, August 25, 2011

selamat menyambut hari raya aidil fitri


Dikesempatan ini saya dan semua keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua maaf zahir dan batin.

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

Saturday, June 4, 2011

Rome Italy part 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Apa khabar orang-orang di sana??

Ayat biasa yang along akan katakan adalah kalimah maaf kerana TERLALU LAMA tidak memperbaharui cerita-cerita terbaru di blog mak ini.

Alhamdulillah along baru sudah selesai menjawab semua soalan perperiksaan semester 6 ini yang berakhir petang tadi sabtu 4/6/2011.

Sekarang along hanya tinggal untuk membentangkan tesis dihadapan ustaz, pada minggu hadapan, inchallah. Seterusnya menyelesaikan satu lagi semester yang hampir habis tidak lama lagi. Doa-doakanlah ye…

Selain itu, berita baik untuk didengari, along juga telah menamatkan praktikal yang semestinya dilaluinya oleh setiap pelajar pengajian islam di univesiti di sini. Dan hasilnya along memperolehi 19/20 markah. Terima kasih atas doa kalian.

Selepas semua selesai dengan sempurna, along akan bercuti selama 3 bulan iaitu cuti musim panas. Along tidak lagi merancang perjalanan cuti along kali ini dan kemungkinan besar along akan bertapa sahaja di Morocco. Apa yang pasti banyak program persatuan akan dijalankan sepanjang cuti ini terutama bulan 7 nanti. Antaranya ialah:
• Muktamar tahunan persatuaan pmmm
• Sukan Seas antara 3 negara (Thailand, Malaysia, Indonesia)
• Konvokesyen bagi pelajar yang Berjaya menamatkan pengajiannya

Untuk yang terakhir kali ini, along berharap agar kalian terus mendoakan kejayaan along sepanjang pengajian along di sini dan sepanjang penantian keputusan semester 6 ini mungkin dalan 2 minggu dari sekarang, agar keputusannya memberangsangkan kita semua. Inchallah




Mungkin gambar ini agak ketinggalan tetapi anggaplah gambar ini sebagai hiasan.







kesibukan malam dihadapan colosium italy.


MAGRIPPALFCOSTERTIVMFECIT


Kesibukan jalan kota rome.


satu-satunya hasil pencarian kedai makan halal di vetican city. (ayam dia ayam lama la pulak)


tah bangunan ape tah ni.


jambatan


vatican city roma.


gereja yang dikatakan antara yang terbesar.


park guard pintu masuk vatican city yang sangat cemerlang


Tangga pengharapan, tak tau la ape yang diorang berharap.


della trinita, ape tah ni??


terdapat dua orang berbangsa melayu di atas tangga ini.


penolakan kapal yang tidak berhasil.


kapal karam


p/s: Rome memang tempat suci orang kristian so, memang bangunan- bangunannya berunsurkan agama kristian mereka.

Monday, February 28, 2011

Le tour du l'europe (italy) part I

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua? Along harapkan kalian semua sihat-sihat belaka.

Lama sudah along tidak meng’update’ blog. Buat pengetahuan semua Along baru sahaja menamatkan perjalanan winter pada 24 haribulan febuari yang lalu. Post yang lepas (lebih kurang sebulan yang lepas) along ada nyatakan perjalanan along dan kawan-kawan ke eropah.
Alhamdulillah semua perancangan berjalan berjalan 100% dari awal sehingga akhir. Permulaan perjalanan along bermula dari rome dan ber akhir di London.

Along boleh simpulkan perjalanan ketika winter ini sedikit sukar kerana cuaca yang agak sejuk (0-5 darjah celcius) berbanding berjalanan ketika summer. Oleh yang demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan dari segi tempat tinggal, baju tebal dan ubat-ubatan.
Permulaan perjalanan along dan kawan-kawan bermula dengan menaiki kapal terbang (ryanair) dan bergerak dari negara ke negara menaiki bas (eurolines) dan pulang semula ke morocco menaiki kapal terbang syarikat yang sama.

Banyak juga cabaran- cabaran yang along dan kawan-kawan tempuhi semasa musafir antaranya masalah sekatan pengeluaran duit, penipuan syarikat bas, penipuan orang tempatan, kepayahan untuk masuk morocco kerana tidak memiliki ID morocco yang sah (kata supervisor syarikat ryanair semasa di Madrid) macam-macam lagi. Akan tetapi akhirnya along sampai juga ke morocco untuk menyambung pembelajaran semester 6 tahun ini inchallah

Sedikit diari yang along sempat catat semasa perjalanan tersebut:-

1 Febuari:
Jam 1905- Berlepas dari Fez (morocco) ke Ciampino (rome)
Jam 2300- sampai di Rome- jumpa pelajar russia- Bermalam di airport


ostello marello the best hostel tapi agak bahaya haha

2 Febuari :
Jam 0705- bergerak dari airport Ciampino ke Rome Termini (station bas/train/metro)- cari information centre- cari hostel- cari tiket ke wilayah lain dalam Italy.

Jam 1030- check in hostello marcello



berjaya menjumpai lorong untuk untuk ke Collosium@Colosseo



Collosium@Colosseo



pandangan sisi collosium- sebenarnya nak buat pandangan udara tapi hellikopter x ada



berjam-jam kami mengambil gambar



waktu dan harga untuk masuk kedalam collosium- tak masuk pun dalam tu sebeb bajet lari, tak pe la tengok kat luar aja la


alah ade kaki orang pulak



kena tipu kat pakcik berbaju Trojan sebanyak 20 euro, sabar aja la



along-jawawi-rashid



gambar sekitar collosium



perjalanan ke faro romano- kawasan bangunan tinggalan



tak jumpa jalan



oh sini jalannya, mari mari (konon je la)



ntah apa tah bangunan belakang tuh



kawasan lapang



oh italy


lawa bangunan ni- bangunan tepi jalan

kawasan tarikan pelancong- tengah-tengah bandar


along


Fontona di trevi


Fontona di trevi


belakang Fontona di trevi- hamiz-along-rashid


sebelum senja

collosium di waktu malam- orang tak ada

~to be continued~

Sunday, January 30, 2011

europe 2.0

السلام عليكم

Apa khabar semua? Dah baca Post yang lepas? Harap dapatlah si pembaca mengirimi along sebungkus Teh Boh untuk Along kat sini buat teh tarik di kala waktu semakin sejuk. Haha

Baiklah, pertamanya along nak mengucapkan selamat hari jadi kepada ADIK along
( Nur Hazirah Binti Hassan) hari ini genaplah umurnya 9 tahun. – HADIAH MINTAK ANGAH BELIKAN

p/s kepada adik:
1. Jangan nak mengada-ngada lagi.
2. Belajar betul-betul.
3. Basuh kasut sendiri.
4. Tolong mak
5. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak …. Bla… bla….bla

Post kali ini along ingin memberitahu kepada semua yang membaca, along dan kawan-kawan akan pergi bercuti ke eropah selama 24 hari (hampir sebulan).

Along akan memulakan perjalanan pada 1hb sehingga 24hb februari . along akan berjalan bersama, jawawi bin mohd yusof (pelajar pahang), Muhammad hamiz aizuddin bin yasir (pelajar selangor), Muhammad Rashid shawal (pelajar mekah).

Doakanlah perjalanan yang memakan masa hampir sebulan ini selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan segala urusan.

Nantikanlah gambar-gambar yang along dapat rakamkan nanti . ( gambar je la, buah tangan x de mahal tak ada duit) haha


Antara Negara-negara yang akan along pergi :-






aUStRIA



iTAly



hOlLaNd @ NeTHeRlANdS



bELgIuM



gERmAn



czech republic



fRanCE



GreAT bRItAIn

Sunday, January 23, 2011

Teh Tarik Corner

السلام عليكم semua apa khabar? Kepada mak, ayah, Has, Mizah, Hazirah dan icha, along harapkan kalian sihat-sihat sahaja. Ameeen

OK! Berita baik kepada semua along baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan bagi semester 3, dan keputusannya memberangsangkan ~ Along dah lulus. ( Dah dekat nk balik dah setahun lagi Inchallah!!!) sekiranya tidak ada apa-apa halangan la , kerana along mesti menempuh semester 5 dan semester 6 pada masa akan datang. Doa-doakan la ya semua.

Seterusnya, post kali ini along ingin menyatakan kepada semua yang along sangat merindui teh tarik. Makanya post kali ini berkaitan teh tarik.
Along ada menyertai program memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Antaranya adalah memperkenalkan minuman tradisional masyarakat Malaysia di Morocco. Program ini diadakan pada 23hb oktober tahun lalu bertempat di Oujda iaitu salah satu wilayah di Morocco.Sedikit maklumat mengenai tempat ini. Oujda terletak lebih kurang 700 kilometer dari bandar Rabat. Ia terletak di utara morocco. Rombongan kami ini diketuai oleh Datuk Duta sendiri dengan menaiki kenderaan kedutaan. (oh, perjalanan yang sangat penat dan meletihkan!) haha.

Setiba kami di Oujda kami di sambut oleh urusetia program dan mereka memberi kami tempat untuk menginap. Semasa program berlangsung kami diminta untuk mempamerkan persembahan kami untuk memperkenalkan teh tarik kepada penduduk Oujda. Jadi kami menjemput chef amature untuk menarik teh tarik tersebut.( kejap lagi ada gambar chef tersebut)

Tugas along pada masa tu hanya mengabil gambar dan menjual barangan Malaysia… so gambar along tak banyak sangat.

Saksikanlah…..






booth pameran kaum AMAZERIH - kaum asli Morocco



Booth pameran negara Mouritania- negara jiran morocco



Booth pameran Malaysia- sambutan daripada pelawat



bukan sahaja menunjukkan cara menarik teh malah memberi peluang kepada pelawat mencuba menarik teh

p/s: abdul rahim takut orang tu tumpahkan tehnya



antara pengunjung yang sempat bergambar dengan kemera along



tukang tarik teh dahsyat tuuuu
nama: abdul rahim zainuddin (pelajar tajaan pahang yang habis contrak)



detik-detik mencemaskan



ini adalah gerai malaysia yang mempamerkan barangan malaysia untuk dijual



gerai malaysia- spesial sebab 2 lot, negara lain satu lot saja



syrob khuya, masyi muskil... majanan @ faburr



orang yang ada dalam gambar ini adalahn tukang bancuh teh, dia dibayar hanya 300 dh sebulan haha
nama: muhammad hamiz aizuddin (pelajar selangor-banting-jawa)



penarik amature- belatih selama 3 minggu didalam bilik air- inilah hasilnya



sesi penyusunan gerai malaysia dijalankan-sambil curik tulang...



center tak bendera ni??



ahli rombongan teh tarik



diner kami pada malam penutup progam teh tarik.
menu: kambing bakar



inilah teh morocco, atau dikenali di sini sebagai shai.
p/s along pernah teh ni masa along bali ari tuh, tp tak sedap pahit hahaha



meja makan along. rakan semeja makan along tengah menunggu kehadiran makanan yang tidak sampai-sampai.



sementara kami menunggu makanan kami didendangkan dengan lagu-lagu morocco yang agak 'menarik'



ini adalah gambar antara peserta yang mendapat hadiah kerana membuat persembahan terbaik semasa pameran. yeke?