Friday, February 26, 2010

Jalan-jalan TANGER '10

Pada awal bulan Januari yang lepas along ngan man pergi melancong ke Tanger atau dalam bahasa arabnya طنجة. Perjalanan ini bermula selepas peperiksaan akhir semester 1 kali 2 yang lalu. Tanger terletak di utara Morocco ia merupakan sempadan Morocco-Spanyol. Disamping itu, di situ terdapat feri yang membolehkan kita untuk ke Spanyol. Tanger boleh di katakan sebagai negeri yang maju di Morocco, kerana terdapat banyak bangunan tinggi di sana. Along boleh simpulkan, duduk di Tanger seakan-akan berada di Istanbul,Turki. Hal ini kerana kesibukan bandarnya dan kaedah pemakaian orang-orang di sana lebih kurang orang-orang di Turki. Along rasakan keberadaan di sana tidak merugikan, kerana Tanger adalah berlainan kedaannya berbanding negeri-negeri lain di Morocco.


sarapan
meriam buluh
pantai tanger
man du tanger
masjid bandar lama tanger
baru sampai...
bandar lama tanger
sejarah pembukaan tanger
take 5
di antara celah-celah rumah
farran-tempat bakar roti
zawiyah
lorong
pemandu pelancong yang ku sangkakan mahukan duit, tapi...
pemandangan atas bumbung
gambar pasport
masjid yang reka bentuknya berbeza daripada masjid-masjid yang ada di morocco
menu makan malam (mee goreng)
hotel satu hari satu malam

Monday, February 22, 2010

Masuk paper

Inilah antara gambar-gambar yang terpilh untuk masuk ke dalam dada-dada akhbar. Pesanan buat mak dan ayah, simpan surat khabar yang asli, sebab nanti balik along nak tengok. Buat adik-adik (Has, Mizah, Zirah)jangan jeles ha...hahaha. Along tak bawak kamera semasa program lawatan menteri besar tu.. jadi, along tak ada simpanan gambar sendiri. Antara sebab along tak bawak kamera kerana banyak sangat kameraman masa tu, besar pulak kameranya... kamera along simpan...Malu nak tunjuk, nanti batal pulak kenaikan zakat yang menteri besar bagi tu hahaha. Gambar di bawah ni along ambil di laman blog Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco. Terima kasih lah yer scan gambar dari surat khabar.




Wednesday, February 17, 2010

Rehlah Salju Marakech (RESAM'10')

Sedikit cerita/gambar untuk tatapan emak,ayah,adik beradik dan sedara-mara (atas permintaan ramai suruh masukkan gambar haha). Baru-baru ini along dan rakan-rakan wilayah Rabat dan Mohammadia seramai 50 org telah berjaya menawan Banjaran Atlas di Morocco. Perjalanan kami bermula pada 13/02/2010 dan berakhir 14/02/2010. Di sini along kepilkan gambar yang sempat along rakamkan (sikit aje tau, ada banyak lagi, nantilah along tunjukkan semua. Selamat lihat gambar ini (nak main salji datanglah sini hahaha)


pada kedudukan 2000 meter dari aras laut

rumah barbar

gunung besalji

aku dah sampai!!!!

naik cable car bersama Pokcheck (pokchek tengah takut tu)

org arab nak baling ais kat kami

kegerunan dihadapi

tiga orang pertama yang sampai ke puncak

keriangan

serangan salji

penat mendaki

semasa mendaki banjaran

kanak-kanak riang

wakil malaysia bermain ski di maghribi

benderaku

tunggu turn nak naik kereta kabel

batuan yang tak terkena salji

rumah usang

Tuesday, February 9, 2010

resepi samosa champa

baru belajar di balai raya labu bt 10

bahan bahan
1/2 kg keladi (direbus dan di lenyek)
200 gm cendawan tiram (diracik halus)
1 mangkuk udang basah (dicincang )
1/2 cawan udang kering (ditumbuk)
2 biji bawang besar ( di cincang)
5 ulas bawang putih ( dicincang )
2 sudu sos tirm
5 tangkai cili merah ( di potong dadu )
5 tangkai cili hijau ( di potong dadu )
serbuk lada sulah
garam dan gula
kulit popia

cara memuatnya:-

- tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar dan cendawan biar seketika.
- masukan pulaudang basah , udang kering, cili merah dan cili hijau, gaul sebati.
- masukan keladi, sos tiram, lada sulah dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- apabila masak angkat dan sejukan sebentar.
- ambil kulit popia potong 3 dan cantumkan 2 agar memanjang. lipat dan jadikan kocek untuk diletakkan inti.
- lipatkan seperti membuat samosa dan goreng sehingga kekuningan.