Thursday, October 27, 2011


along kek along bagi dh sampai

Thursday, August 25, 2011

selamat menyambut hari raya aidil fitri


Dikesempatan ini saya dan semua keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua maaf zahir dan batin.

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4d22e6f204c4b6ab1ed3bb9661e9a262

Saturday, June 4, 2011

Rome Italy part 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Apa khabar orang-orang di sana??

Ayat biasa yang along akan katakan adalah kalimah maaf kerana TERLALU LAMA tidak memperbaharui cerita-cerita terbaru di blog mak ini.

Alhamdulillah along baru sudah selesai menjawab semua soalan perperiksaan semester 6 ini yang berakhir petang tadi sabtu 4/6/2011.

Sekarang along hanya tinggal untuk membentangkan tesis dihadapan ustaz, pada minggu hadapan, inchallah. Seterusnya menyelesaikan satu lagi semester yang hampir habis tidak lama lagi. Doa-doakanlah ye…

Selain itu, berita baik untuk didengari, along juga telah menamatkan praktikal yang semestinya dilaluinya oleh setiap pelajar pengajian islam di univesiti di sini. Dan hasilnya along memperolehi 19/20 markah. Terima kasih atas doa kalian.

Selepas semua selesai dengan sempurna, along akan bercuti selama 3 bulan iaitu cuti musim panas. Along tidak lagi merancang perjalanan cuti along kali ini dan kemungkinan besar along akan bertapa sahaja di Morocco. Apa yang pasti banyak program persatuan akan dijalankan sepanjang cuti ini terutama bulan 7 nanti. Antaranya ialah:
• Muktamar tahunan persatuaan pmmm
• Sukan Seas antara 3 negara (Thailand, Malaysia, Indonesia)
• Konvokesyen bagi pelajar yang Berjaya menamatkan pengajiannya

Untuk yang terakhir kali ini, along berharap agar kalian terus mendoakan kejayaan along sepanjang pengajian along di sini dan sepanjang penantian keputusan semester 6 ini mungkin dalan 2 minggu dari sekarang, agar keputusannya memberangsangkan kita semua. Inchallah




Mungkin gambar ini agak ketinggalan tetapi anggaplah gambar ini sebagai hiasan.







kesibukan malam dihadapan colosium italy.


MAGRIPPALFCOSTERTIVMFECIT


Kesibukan jalan kota rome.


satu-satunya hasil pencarian kedai makan halal di vetican city. (ayam dia ayam lama la pulak)


tah bangunan ape tah ni.


jambatan


vatican city roma.


gereja yang dikatakan antara yang terbesar.


park guard pintu masuk vatican city yang sangat cemerlang


Tangga pengharapan, tak tau la ape yang diorang berharap.


della trinita, ape tah ni??


terdapat dua orang berbangsa melayu di atas tangga ini.


penolakan kapal yang tidak berhasil.


kapal karam


p/s: Rome memang tempat suci orang kristian so, memang bangunan- bangunannya berunsurkan agama kristian mereka.

Monday, February 28, 2011

Le tour du l'europe (italy) part I

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua? Along harapkan kalian semua sihat-sihat belaka.

Lama sudah along tidak meng’update’ blog. Buat pengetahuan semua Along baru sahaja menamatkan perjalanan winter pada 24 haribulan febuari yang lalu. Post yang lepas (lebih kurang sebulan yang lepas) along ada nyatakan perjalanan along dan kawan-kawan ke eropah.
Alhamdulillah semua perancangan berjalan berjalan 100% dari awal sehingga akhir. Permulaan perjalanan along bermula dari rome dan ber akhir di London.

Along boleh simpulkan perjalanan ketika winter ini sedikit sukar kerana cuaca yang agak sejuk (0-5 darjah celcius) berbanding berjalanan ketika summer. Oleh yang demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan dari segi tempat tinggal, baju tebal dan ubat-ubatan.
Permulaan perjalanan along dan kawan-kawan bermula dengan menaiki kapal terbang (ryanair) dan bergerak dari negara ke negara menaiki bas (eurolines) dan pulang semula ke morocco menaiki kapal terbang syarikat yang sama.

Banyak juga cabaran- cabaran yang along dan kawan-kawan tempuhi semasa musafir antaranya masalah sekatan pengeluaran duit, penipuan syarikat bas, penipuan orang tempatan, kepayahan untuk masuk morocco kerana tidak memiliki ID morocco yang sah (kata supervisor syarikat ryanair semasa di Madrid) macam-macam lagi. Akan tetapi akhirnya along sampai juga ke morocco untuk menyambung pembelajaran semester 6 tahun ini inchallah

Sedikit diari yang along sempat catat semasa perjalanan tersebut:-

1 Febuari:
Jam 1905- Berlepas dari Fez (morocco) ke Ciampino (rome)
Jam 2300- sampai di Rome- jumpa pelajar russia- Bermalam di airport


ostello marello the best hostel tapi agak bahaya haha

2 Febuari :
Jam 0705- bergerak dari airport Ciampino ke Rome Termini (station bas/train/metro)- cari information centre- cari hostel- cari tiket ke wilayah lain dalam Italy.

Jam 1030- check in hostello marcello



berjaya menjumpai lorong untuk untuk ke Collosium@Colosseo



Collosium@Colosseo



pandangan sisi collosium- sebenarnya nak buat pandangan udara tapi hellikopter x ada



berjam-jam kami mengambil gambar



waktu dan harga untuk masuk kedalam collosium- tak masuk pun dalam tu sebeb bajet lari, tak pe la tengok kat luar aja la


alah ade kaki orang pulak



kena tipu kat pakcik berbaju Trojan sebanyak 20 euro, sabar aja la



along-jawawi-rashid



gambar sekitar collosium



perjalanan ke faro romano- kawasan bangunan tinggalan



tak jumpa jalan



oh sini jalannya, mari mari (konon je la)



ntah apa tah bangunan belakang tuh



kawasan lapang



oh italy


lawa bangunan ni- bangunan tepi jalan

kawasan tarikan pelancong- tengah-tengah bandar


along


Fontona di trevi


Fontona di trevi


belakang Fontona di trevi- hamiz-along-rashid


sebelum senja

collosium di waktu malam- orang tak ada

~to be continued~