Saturday, June 4, 2011

Rome Italy part 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Apa khabar orang-orang di sana??

Ayat biasa yang along akan katakan adalah kalimah maaf kerana TERLALU LAMA tidak memperbaharui cerita-cerita terbaru di blog mak ini.

Alhamdulillah along baru sudah selesai menjawab semua soalan perperiksaan semester 6 ini yang berakhir petang tadi sabtu 4/6/2011.

Sekarang along hanya tinggal untuk membentangkan tesis dihadapan ustaz, pada minggu hadapan, inchallah. Seterusnya menyelesaikan satu lagi semester yang hampir habis tidak lama lagi. Doa-doakanlah ye…

Selain itu, berita baik untuk didengari, along juga telah menamatkan praktikal yang semestinya dilaluinya oleh setiap pelajar pengajian islam di univesiti di sini. Dan hasilnya along memperolehi 19/20 markah. Terima kasih atas doa kalian.

Selepas semua selesai dengan sempurna, along akan bercuti selama 3 bulan iaitu cuti musim panas. Along tidak lagi merancang perjalanan cuti along kali ini dan kemungkinan besar along akan bertapa sahaja di Morocco. Apa yang pasti banyak program persatuan akan dijalankan sepanjang cuti ini terutama bulan 7 nanti. Antaranya ialah:
• Muktamar tahunan persatuaan pmmm
• Sukan Seas antara 3 negara (Thailand, Malaysia, Indonesia)
• Konvokesyen bagi pelajar yang Berjaya menamatkan pengajiannya

Untuk yang terakhir kali ini, along berharap agar kalian terus mendoakan kejayaan along sepanjang pengajian along di sini dan sepanjang penantian keputusan semester 6 ini mungkin dalan 2 minggu dari sekarang, agar keputusannya memberangsangkan kita semua. Inchallah




Mungkin gambar ini agak ketinggalan tetapi anggaplah gambar ini sebagai hiasan.







kesibukan malam dihadapan colosium italy.


MAGRIPPALFCOSTERTIVMFECIT


Kesibukan jalan kota rome.


satu-satunya hasil pencarian kedai makan halal di vetican city. (ayam dia ayam lama la pulak)


tah bangunan ape tah ni.


jambatan


vatican city roma.


gereja yang dikatakan antara yang terbesar.


park guard pintu masuk vatican city yang sangat cemerlang


Tangga pengharapan, tak tau la ape yang diorang berharap.


della trinita, ape tah ni??


terdapat dua orang berbangsa melayu di atas tangga ini.


penolakan kapal yang tidak berhasil.


kapal karam


p/s: Rome memang tempat suci orang kristian so, memang bangunan- bangunannya berunsurkan agama kristian mereka.