Alhamdulillah, along telah selamat sampai ke Morocco, kini telah 3 minggu along berada di Morocco. Kelas universiti masih banyak yang lompong samaada along tidak pergi atau prof tidak hadir (haha).
Along ingin mengucapkan Terima kasih kepada Mak,ayah, adik-adik, nenek, atuk, dan semua yang sudi (termaksuk mak dan ayah Zakhir) menghantar along ke Airport terminal LCCT. Dan terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang bantuan kilat kepada along.
Sedikit pengalaman menaiki flight Air Asia F-2008. Pertamanya sebelum along membuat pembelian tiket dari Kuala Lumpur ke London, terteranya tempoh perjalanan di tiket bermula dari 12.30 sehingga 07.30, makanya along ingatkan perjalanan hanya memakan masa sebanyak enam atau tujuh jam sahaja, tetapi jam 07.30 yang dimaksudkan oleh pihak Air Asia adalah jam 07.30 waktu Londan. Jadi perjalanan along dari Kuala Lumpur ke Kota London memakan masa sebanyak 14 jam sahaja. P/s: lama betul
Perjalanan yang memakan masa sebanyak 14 jam tersebut along habiskan dengan tidur, makan, nganga, dan tidur balik. Nasib baik along ada membawa wang Ringgit di tangan kerana terdapat jualan yang menggunakan matawang ringgit, terima kasih sekali lagi kepada penyumbang last minit kepada along.
Di sini along sediakan gambar-gambar yang sempat di ambil oleh along dan mizah (senget).
patah la troli tu....
mizah senget
senyuman hazirah yang manis tapi tak gosok gigi
hazirah merengekkan sesuatu daripada emak... tak malu