السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar orang-orang kampung? Lama sudah along tidak ‘mengupdate’ blog mak ini. Buat pengetahuan semua, seminggu dua yang lepas along banyak aktiviti Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi yang along sertai, antaranya Sukmaneka 09, Perkampungan Spring intellectual village09 (SIV09) dan lain-lain lagi. Walaupun pada masa itu cuti musim bunga selama seminggu, tetapi banyak aktiviti yang persatuan laksanakan untuk mengisi masa lapang ahli-ahlinya. Di samping merehatkan diri buat seketika daripada persekolahan dapat juga along melakukan aktiviti yang berfaedah.
Kali ini along ingin menceritakan perjalanan along bersama ABCD Jerry, ke Selatan Morocco. Sebelum ini along telah menceritakan pengalaman along ke Utara Morocco. Pengembaraan ini sebenarnya telah barlangsung pada tahun lepas iaitu musim panas 2009. Tetapi tidak mengapa kerana cerita ini masih lagi segar. Untuk pengetahuan semua, di Selatan Morocco ini terdapatnya tempat yang popular di dunia iaitu Gurun Sahara, tempat ini gersang dengan nikmat sejuk, air, dan tumbuh-tumbuhan. Antara wilayah yang terdapat di selatan ini adalah Marakech, Agadir, Essouira, Tiznit, Tan-tan, Smara, Layoune , dan dakhla. Sesi kali ini along ceritakan seperjalanan along di Agadir sahaja, inchallah ada kesempatan nanti along akan ceritakan di tempat lain pula.
Agadir terletak kira-kira 450 kilometer dari Bandar Rabat dan 75 kilometer dari Bandar Marakech. Ia adalah salah satu bandar yang meriah setiap masa terutama pada pada musim panas. Di sana juga terdapat sabuah pantai yang sangat luas dan cantik yang menjadi kawasan tarikan pelancong. Along tidak mahu berceloteh banyak, tengoklah gambar-gambar di bawah ye.
di hadapan Kuliah Adab Jamiah Ibnu Zuhur agadir
papan rendeng universiti
antara tempat menarik di Agadir
peta sepanjang pantai Agadir
take 5
kajian mengenai Agadir
rasa-rasa dekat belakang tu bendera malaysia ke?
pengaruh British di Agadir
euro
hotel belakang tu ade la 600 dirham satu malam
pakcik- pakcik tu beria nak ambil gambar
habis basah aku
suq qodim Agadir
stesen bas Agadir
sebelum sampai Agadir
Marakesh train station
Wednesday, April 21, 2010
Sunday, April 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)