Tuesday, December 7, 2010

resepi talam suji


along try ar...



silakanlah mencuba....
(Resepi talam suji)
Bahagian bawah
5 cawan santan pekat
1 ¾ tepong suji
¼ cawan tepong gandum
1 cawan gula putih
1 penutup warna kuning
Vanilla,garam
Kacau atas api sampai pekat,ratakan dlm.loyang kukus 10 minit,baru masukan bahagian atas.


Bahagian atas.
2 ½ cawan santan cair
1 cawan tepong gandom
1 cawan gula putih
1 camca tepong beras
1 tepong jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Gula hitam secukupnya (kicap manis kipas udang)semua bahan dimesen tapis kukus ½ jam…

by:nur hamizah hassan

Saturday, October 30, 2010

Haziq balik Morocco

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, along telah selamat sampai ke Morocco, kini telah 3 minggu along berada di Morocco. Kelas universiti masih banyak yang lompong samaada along tidak pergi atau prof tidak hadir (haha).

Along ingin mengucapkan Terima kasih kepada Mak,ayah, adik-adik, nenek, atuk, dan semua yang sudi (termaksuk mak dan ayah Zakhir) menghantar along ke Airport terminal LCCT. Dan terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang bantuan kilat kepada along.

Sedikit pengalaman menaiki flight Air Asia F-2008. Pertamanya sebelum along membuat pembelian tiket dari Kuala Lumpur ke London, terteranya tempoh perjalanan di tiket bermula dari 12.30 sehingga 07.30, makanya along ingatkan perjalanan hanya memakan masa sebanyak enam atau tujuh jam sahaja, tetapi jam 07.30 yang dimaksudkan oleh pihak Air Asia adalah jam 07.30 waktu Londan. Jadi perjalanan along dari Kuala Lumpur ke Kota London memakan masa sebanyak 14 jam sahaja. P/s: lama betul

Perjalanan yang memakan masa sebanyak 14 jam tersebut along habiskan dengan tidur, makan, nganga, dan tidur balik. Nasib baik along ada membawa wang Ringgit di tangan kerana terdapat jualan yang menggunakan matawang ringgit, terima kasih sekali lagi kepada penyumbang last minit kepada along.
Di sini along sediakan gambar-gambar yang sempat di ambil oleh along dan mizah (senget).




patah la troli tu....


mizah senget



senyuman hazirah yang manis tapi tak gosok gigi



hazirah merengekkan sesuatu daripada emak... tak malu


Tuesday, August 10, 2010

ramadan

assalamualaikom.......
saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua muslimin dan muslimat.

Sunday, August 8, 2010

Europe I (seville)

Assalamualaikum wbt. Kepada semua yang melawat blog ini. Pertamanya along ingin memohon maaf atas kehilangan selama ini (lama tak mengedit blog). Buat pengetahuan semua along baru sahaja balik dari berjalan kelilingi sebahagian daripada eropah. Perjalanan ini bermula selepas mendapat keputusan peperiksaan semester 4 (lulus Alhamdulillah).


Sedikit rentetan perjalanan along:-


21/07/2010: bertolak dari fez (morocco)- Seville (spain)
22/07/2010: melawat Andalusia- Granada
- Alhamra’ dan sekitarnya
23/07/2010: melawat Andalusia- Cordova
- Madinat Az-zahrah dan masjid Cordova
24,25/07/2010: besiar-siar di Madrid - melawat stadium Real Madrid
- Shopping-shopping
- Berjalan di sekitar Bandar Madrid

26/07/2010: penerbangan dari Madrid ke Faro (Portugal)
- Menaiki feri mengelilingi pulau-pulau
26/07/2010: (petang) bergerak dari Faro ke Lisboa/ Lisbon (Ibu Negara Portugal)
27/07/2010: bersiar-siar di sekitar bandar lisbon
28/07/2010: berada di Porto salah satu wilayah di Portugal.
28/07/2010: (malam) penerbangan dari Porto ke Paris Bauvias
29/07/2010: berrehlah di taman keriangan DISNEYLAND (dari jam 1000-2300)
30/07/2010: mengelilingi semua tempat-tempat bersejarah di Paris
-bermalam di depan menara Eiffel
31/07/2010: bergerak ke paris Gellini- mengambil bas menuju ke London
01/08/2010: berada di Kota London
02/08/2010: melawat bangunan-bangunan yang menarik dan tempat bersejarah di London
03/08/2010: rehlah ke Stadium (London)
- Chelsea Football Stadium
- Fulham Football Stadium
- Arsenal Football Stadium
04/08/2010: Sambut hari jadi di London.
-melawat Islamic Centre of London
- Madam tassude
05/08/2010: pulang ke Morocco semula.


tamat

Antara gambar yang sempat di rakam.

tempat: Seville- Spanyol





















p/s: banyak lagi gambar sebenarnya, boleh tengok sendiri la nanti...

Friday, May 28, 2010

laayoune '09

السلام عليكم apa khabar semua? Along sekarang tengah dalam peperiksaan akhir semester 4. Harap semua dapat doakan along berjaya dengan cemerlang. Inchallah. Kali ini along cuma sempat meletakkan sambungan gambar-gambar di selatan Morocco. Semoga terhibur.